‘Tragedi ikut ibu berniaga’
‘Tragedi ikut ibu berniaga’
PASIR PUTEH: “Dia kuat merengek dan gelisah sejak beberapa hari kebelakangan ini, rupa-rupanya itu menjadi petanda dia mahu tinggalkan kami untuk selama-lamanya,” kata Nur Ain Nabihah Mohd Zamri.
Nur Ain Nabihah, 24, yang berniaga roti canai, kematian anak bongsunya, Muhammad Azim Abdul Rahim, 2, akibat lemas selepas dipercayai terjatuh dalam kawasan kumbahan di Kok Lanas, Kota Bharu, semalam.
Nur Ain berkata, kejadian berlaku ketika Muhammad Azim menemaninya berniaga gerai tidak jauh dari lokasi kejadian.
Katanya, kejadian berlaku jam 2.30 petang semalam apabila dia dan suami yang juga bapa tiri mangsa, Mohd Khairi Jauhari Mohd Yusuf, 36, menyedari mangsa tiada di dalam kedai.
“Saya mencari sekitar kedai namun tidak menjumpai anak, lalu terlintas untuk ke kawasan kumbahan kira-kira lima meter dari kedai.
“Kami tengok kawasan itu ‘pelik’ dan minta ahli keluarga masuk ke dalam dan menjumpai anak yang sudah tidak sedarkan diri,” katanya.
Nur Ain berkata, anaknya ditemui pada kedalaman kira-kira 0.4 meter.
Katanya, mereka kemudian membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Kok Lanas untuk mendapatkan rawatan.
“Namun, dalam 15 minit di klinik, anak disahkan meninggal dunia,” katanya.
Ibu kepada dua anak itu berkata, arwah sebelum ini seorang anak yang ceria dan aktif sebelum berubah laku menjadi kuat merengek beberapa hari sebelum kejadian pilu itu berlaku.
Katanya, jenazah anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Jawa jam 8.30 pagi tadi.
Adakah PN Jadikan Perjanjian NDA Sebagai Perisai Untuk Menutup Ketirisan Pembelian Vaksin Covid-19
‘Tragedi ikut ibu berniaga’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KJ Ibarat Hidung Tidak Mancung Tetapi Pipi Masih Tersorong Sorong
- Ramalan Najib tepat, Harga saham Sapura meningkat 25%
- ETP Najib, Khazanah catat untung RM1.6b Tahun 2022
- Kedah Di Jangka Akan Hadapi Krisis Ekonomi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Adakah PN Jadikan Perjanjian NDA Sebagai Perisai Untuk Menutup Ketirisan Pembelian Vaksin Covid-19