Zi Chew gagal yakinkan AS TikTok tidak beri ancaman
Zi Chew gagal yakinkan AS TikTok tidak beri ancaman
WASHINGTON: Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Shou Zi Chew dilihat gagal meyakinkan jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) bahawa aplikasi tersebut tidak membawa ancaman besar kepada negara itu.
Keterangan Zi Chew selama enam jam di hadapan Kongres dikatakan tidak banyak membantu meredakan kebimbangan AS bahawa aplikasi itu tiada kaitan dengan kerajaan China terutama dalam mengintip AS.
Katanya, TikTok adalah satu aplikasi yang tidak ada beza dengan syarikat teknologi lain di AS ketika diasak soalan bertubi-tubi oleh ahli Kongres.
“Dua tahun lalu, saya menjadi Ketua Pegawai Eksekutif TikTok. Hari ini kita mempunyai lebih satu bilion pengguna aktif setiap bulan di seluruh dunia termasuk 150 juta di AS.
“Aplikasi kami adalah tempat untuk menjadi kreatif, di mana hampir empat juta perniagaan AS, terutama peniaga kecil mencari pelanggan baharu dan mengembangkan perniagaan mereka.
“Kini TikTok semakin meluas dan kami ambil pengajaran daripada syarikat-syarikat sebelum ini, terutama apabila ia membabitkan keselamatan remaja. Kebanyakan pendekatan itu adalah yang pertama dilakukan oleh industri media sosial,” jelasnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Mahathir Jarah RM529 Bilion Dana Petronas Untuk Selamatkan Kroni
- Dokumen SPRM berkaitan kesalahan Hakim Nazlan kepada Ketua Hakim tersebar
- Bukan tidak percaya kepada Proklamasi Melayu, tetapi tidak percaya kepada Mahathir.
- Adakah PN Jadikan Perjanjian NDA Sebagai Perisai Untuk Menutup Ketirisan Pembelian Vaksin Covid-19
TikTok dan syarikat induknya, ByteDance terbabit dalam ‘perang geopolitik’ antara Beijing dan Washington berkaitan perdagangan dan teknologi.
Zi Chew, warga Singapura berusia 40 tahun, memberitahu jawatankuasa bahawa syarikatnya kekal dengan pendirian bahawa keselamatan pengguna terutama golongan remaja sentiasa menjadi keutamaan.
“Kini TikTok tidak lagi di China. Ibu pejabat kami terletak di Los Angeles dan Singapura, di mana terdapat 7,000 pekerja di AS ketika ini.
“Namun, kami mendengar kebimbangan mengenai potensi akses asing yang tidak diingini kepada data AS dan potensi manipulasi ekosistem TikTok AS. Pendekatan kami tidak pernah mengetepikan atau meremehkan mana-mana kebimbangan ini. Kami sudah menanganinya dengan sewajarnya,” katanya.
Pengerusi jawatankuasa itu, Cathy McMorris Rodgers berkata, pihaknya tidak percaya TikTok akan menjadi lambang kebebasan, hak asasi dan inovasi di AS.
“China boleh menggunakan aplikasi itu sebagai alat untuk memanipulasi AS secara keseluruhan. TikTok berulang kali memilih laluan untuk lebih mengawal dan memanipulasi jadi platform anda harus diharamkan,” katanya kepada Zi Chew.
Sebahagia ahli Kongres turut menolak hujah Zi Chew mengenai keselamatan TikTok.
Pentadbiran Presiden, Joe Biden baru-baru ini berkata, TikTok boleh diharamkan di AS jika China tidak menjual kepentingan mereka dalam syarikat itu.
Kongres, White House, angkatan tentera AS dan lebih separuh negeri di AS sudah pun mengharamkan TikTok pada peranti rasminya.
Tindakan sama turut dilakukan beberapa negara termasuk Denmark, Kanada, United Kingdom (UK), dan New Zealand selain Kesatuan Eropah (EU). – AP/REUTERS
Zi Chew gagal yakinkan AS TikTok tidak beri ancaman
- Lapuran SPRM Kepada Mahkamah Terdedah, Apakah DS Najib Akan Terus Di Zalimi
- Cemas dengan pendedahan surat SPRM terhadap Hakim Nazlan , Mahathir lari ke isu Wawasan 2020.
- Surat SPRM berkaitan Hakim Nazlan buat rakyat yakin Najib Tidak bersalah dan mahu dibebaskan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :