Mane pun sempat baca al-Quran
Berlin: Kepercayaan kuat Sadio Mane terhadap agama Islam sentiasa mendekatkan orang ramai dengannya, begitu juga rakan sepasukannya.
Semasa kunjungan Bayern Munich ke Leverkusen untuk pertembungan aksi Bundesliga minggu ke-25, penyerang Senegal itu dilihat membaca al-Quran.
Kerana ingin tahu, Thomas Muller merakam detik semasa Mane khusyuk membaca kitab suci itu.
Mane adalah seorang Muslim yang taat dan amat dihormati oleh orang ramai serta penyokongnya yang mempunyai kepercayaan sama dan cuba mencontohi kelakuannya.
Dengan bulan paling istimewa, Ramadan kembali semula, Mane menyertai umat Islam di seluruh dunia menjalani ibadah puasa selama 30 hari.
Pemain Terbaik Afrika itu menyertai Bayern Munich pada jendela perpindahan musim panas lalu daripada kelab gergasi Inggeris, Liverpool.
Mane menjadi antara tonggak penting Bayern Munich musim ini, walaupun tidak beraksi selama hampir empat bulan kerana kecederaan yang menyebabkannya tidak dapat beraksi di Piala Dunia 2022 dekat Qatar.
Kepulangannya memberi suntikan semangat kepada Bayern yang akan bertemu Manchester City dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara.
Agensi