Tiada Perdana Menteri yang Mahathir tidak bergaduh

Oleh Adam Malik

Semenjak kebelakangan ini , media terlalu kerap siarkan kenyataan Tun Mahathir.

Seolah olah ada gerakan untuk memberi ‘coverage’ kepada Mahathir.



Kenyataan kenyataan bertaraf sampah dan ‘repeatative’ dari Mahathir pun semacam penting untuk disiarkan.

Mungkin juga kerana Mahathir miliki orang orang nya di media media dalam negara.

Semalam Mahathir telah menempelak Perdana Mentri Anwar Ibrahim serta mencabar Anwar untuk membuktikan jika benar Mahathir mengaut keuntungan dan kekayaan untuk diri dan keluarga nya , Mahathir mahu Anwar kemukakan bukti.



Nampak nya, Mahathir masih belum berubah dan terus mahukan ‘spotlight’ dan perhatian diberi kepada nya.

Sebelum ini Mahathir mendakwa Anwar pemimpin diktator kerana menghalang perhimpunan Proklamasi Melayu dan penganjuran nya dimana Mahathir diperayai berada di belakang gerakan itu.

Apa yang hendak diutarakan pada tulisan kali ini adalah betapa Mahathir sentiasa bergaduh dan mencari gaduh dengan semua Perdana Menteri semenjak Tunku Abdul Rahman menjadi Pedana Menteri lagi.

Semua Perdana Menteri selepas Tun Mahathir akan diserang dikritik dan jika terpaksa akan disinggkirkan.



Hanya yang terselamat ada lah Tun Razak dan Tun Hussien Onn.

 

Mahathir tidak sempat jatuhkan Tun Razak kerana Tun Razak menjadi Perdana Menteri terlalu singkat dan Tun Hussien pula sudah menghidu tamhah lagi tidak berapa sihat lalu umum mengundurkan diri.



PM yang lain semua diganggu oleh Mahathir dan digulingkan nya jika perlu.

Maka ‘spat’ antara Mahathir dan Anwar bukan lah perkara mengejutkan kerana kacau Perdana Menteri sememang tabiat buruk Mahathir.

Pada awal nya Mahathir membina Yayasan Kepiminan Perdana dan menanam kapsul konon nya untuk dibuka pada tahun 2020 dalam jangkaan nya anak nya Mukhriz sudah naik menjadi Perdana Menteri tetapi hsrat itu tidak menjadi.



Ada orang kata, antara sebab Mahathir sentiasa kacau Perdana Menteri untuk memberi signal kepada mereka mereka yang beliau ada kepentingan supaya tidak engkar kepada nya atau lari dari nya.

Ia memberitahu jangan menumpang kepada Perdana Menteri yang baru dan ‘stick’ kesetian dengan nya kerana Perdana Menteri baru boleh ditukar oleh nya bila bila dia mahu.

Ia juga signal kepada ahli perniagaan atau kroni nya juga.

Apapun itu andaian popular dan sekadar ‘hearsay’ sahaja.



Apa yang hendak ditonjolkan di sini ada lah Mahathir sentiasa berlaga angin dan sentiasa bergaduh dengan Perdana Menteri tidak kira sesiapa pun.

Jika ada Perdana Menteri yang tidak diganggu oleh Mahathir, bermakna ia Perdana Mentei yang sudah dapat dikawal.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button