Lelaki serang imam berhalusinasi, dirujuk kepada pakar psikiatri

KUANTAN: Lelaki yang menyerang seorang imam ketika solat Subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, di sini, pada 26 Mac lalu, sudah dirujuk ke Unit Psikiatri Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata berdasarkan siasatan, gelandangan lelaki berusia 37 tahun itu adalah bekas tentera.

Beliau berkata, kawasan masjid itu dan Jalan Mahkota, di sini, menjadi tempat merayau lelaki terbabit, yang juga didapati positif dadah.



“Siasatan juga mendapati suspek berhalulisasi. Dia memaklumkan mendengar imam memanggil namanya,” katanya pada sidang media kes dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.18 pagi itu, suspek yang berpakaian baju Melayu warna ungu dan berkain pelikat serta berseluar hitam menyerang mangsa dari belakang.

Mangsa, Ilhan Muhammad Irham, adalah pelajar Maahad Tahfiz Thurath, yang menjadi imam jemputan untuk solat Subuh sempena Program Khatam Subuh 2.0 masjid berkenaan.

Ketika masuk rakaat kedua, terdengar suara lelaki menjerit dari arah pintu masjid.



Lelaki itu kemudiannya menolak jemaah dan menerpa ke arah imam serta memukul imam dengan selipar.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button