Marseille terlepas peluang hampiri PSG

PARIS: Marseille terlepas peluang untuk memberi tekanan kepada pendahulu Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG) selepas sekadar seri 1-1 dengan Montpellier, awal pagi tadi.

Pasukan tangga kedua kendalian Igor Tudor itu berpeluang merapatkan jurang dengan PSG kepada empat mata sekiranya menang perlawanan berkenaan sebelum PSG yang juga juara menentang Lyon, awal pagi Isnin ini.

Bagaimanapun, Marseille keciciran mata buat kali ketiga dalam lima perlawanan liga dan boleh dipintas oleh Lens yang menghuni tempat ketiga apabila mereka berkunjung Rennes, awal pagi esok.



“Hari ini kami tidak cukup bagus untuk menang.

“Rehat antarabangsa merugikan kami. Terdapat terlalu ramai pemain yang letih dari segi mental dan fizikal. Kami hanya mengadakan satu sesi latihan bersama jadi saya tahu ia akan menjadi sukar,” kata Tudor.

Arnaud Nordin menyudahkan serangan balas pantas untuk memberikan Montpellier gol pendahuluan seawal minit ke-12.



Bagaimanapun, Marseille berjaya menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama apabila Matteo Guendouzi menyempurkana sepakan penalti yang diperoleh minit ke-44.

AFP


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading