Liverpool belum mengalah buru gelaran EPL

Liverpool: Mohamed Salah berkata, Liverpool belum mengalah untuk memburu gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas penyerang Mesir itu menjaring gol kemenangan 1-0, yang juga kekalahan pertama Manchester City, musim ini, semalam.

The Reds masih ketinggalan 10 mata di belakang City dan 14 mata di belakang pendahulu liga, Arsenal, tetapi memulakan perlawanan dengan hanya tiga kemenangan aksi liga sebelum ini.

“Secara peribadi, saya suka turun bermain untuk merebut gelaran,” kata Salah.



“Dalam kepala saya, saya mahu berjuang untuk mendapatkannya, tetapi kami perlu lebih fokus dan mengambil satu perlawanan pada satu masa.”

Jurgen Klopp dibuang padang pada hujung perlawanan selepas bertekak dengan pegawai perlawanan kerana enggan memberikan sepakan percuma kepada Salah.

Tetapi, City turut berang dengan pengadil selepas Anthony Taylor tidak membenarkan jaringan Phil Foden pada awal babak kedua susulan video bantuan pengadil (VAR).

“Ini adalah Anfield,” kata pengurus City, Pep Guardiola, yang menjadi mangsa dibaling syiling oleh penyokong selepas kekecohan berkaitan gol tidak dibenarkan itu.



“Pengadil bercakap dengan pembantu saya dan Jurgen sebelum perlawanan dan menyatakan, ‘Hari ini, saya tidak akan membuat kesilapan mudah’ dan perlawanan tetap diteruskan kecuali gol kami tidak dibenarkan.”

Berdasarkan semua pencapaian di bawah Guardiola, City masih berkuasa di Anfield pada ketika Liverpool berbangga masih dengan rekod tanpa kalah dalam aksi liga di depan penyokong sendiri sejak 2017 terus berlanjutan.

Pada sidang media sebelum perlawanan, Klopp mendakwa tiada siapa mahu menandingi kehebatan jentera jaringan City selepas kehadiran Erling Haaland menajamkan lagi juara bertahan EPL itu.

Tetapi, rekod menjaringkan gol dalam 10 perlawanan berturut-turut dilakar penyerang Norway itu berakhir pada ketika Liverpool berharap musim mereka lebih baik.



“Pada hari biasa, anda mungkin tidak boleh cuba menjaringkan gol ke atas City, anda perlu mencapai kemuncak dan terus berusaha,” kata Klopp.

“Itu yang kami lakukan dengan cara sangat tersusun dan bersemangat.”

METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading