Mount wira Chelsea, United tumpul di Old Trafford

Birmingham: Graham Potter meneruskan permulaan cemerlangnya sebagai pengurus Chelsea selepas dua jaringan Mason Mount membolehkan skuadnya menang 2-0 di Aston Villa dalam saingan Liga Perdana Inggeris sebentar tadi.

Chelsea masih belum tewas dalam enam perlawanan sejak Potter menggantikan Thomas Tuchel di Stamford Bridge dan kemenangan di Villa adalah yang kelima berturut-turut mereka dalam semua kejohanan.

Kemenangan itu melonjakkan Chelsea di tangga keempat, 19 mata daripada sembilan perlawanan, empat mata di belakang pencabar London, Tottenham Hotspur.



Villa pula di tangga ke-16, satu mata di atas zon penyingkiran.

Sementara itu di Old Trafford, Manchester United sekadar seri tanpa jaringan menentang Newcastle United yang meletakkan mereka di tangga kelima dengan 16 mata manakala Newcastle keenam dengan 15 mata tetapi sudah beraksi lebih satu perlawanan.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button