Suspek utama pembunuhan Presiden Haiti ditahan

Suspek utama pembunuhan Presiden Haiti ditahan

Suspek utama pembunuhan Presiden Haiti ditahan
JOSEPH Felix Badio ditahan selepas lebih dua tahun diburu susulan pembunuhan Presiden Haiti. FOTO Reuters.

Miami: Salah seorang daripada suspek utama kes pembunuhan Presiden Haiti Jovenel Moïse, dalam serangan ganas pada 7 Julai 2021 di Port-au-Prince, ditahan semalam di Haiti, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Jurucakap Polis Garry Desrosiers mengesahkan kepada Miami Herald bahawa Joseph Félix Badio, bekas pegawai antirasuah yang dipecat daripada tugasnya dua bulan sebelum pembunuhan itu ditahan ketika sedang membeli-belah di sebuah pasar raya di Petionvill.

Badio adalah antara beberapa suspek berprofil tinggi yang diburu lebih dua tahun selepas pembunuhan itu. Penahanannya dipercayai dapat membantu penyiasat di Haiti dan di Amerika Syarikat (AS) mengenal pasti motif pembunuhan Moïse.



Tahun lalu, Badio menyiarkan rakaman audio dalam bahasa Creole menafikan penglibatannya dalam plot pembunuhan itu, selain menulis surat kepada Kedutaan AS di Port-au-Prince, bersama dokumen mengenai rakyat Haiti-Amerika dan komando Colombia yang didakwanya terlibat dalam kes itu.

Walaupun lebih 40 orang telah ditahan di Haiti, termasuk anggota pengawal presiden dan sekumpulan askar upahan Colombia, belum ada yang didakwa secara rasmi, manakala di AS, 11 orang didakwa dalam kes yang diketuai FBI sama ada bersubahat atau terlibat dalam pembunuhan Moïse.

Suspek utama pembunuhan Presiden Haiti ditahan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Benarkah BERSATU berpecah kepada 4 kem?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button