10 kanak-kanak mati lemas bot karam di barat laut Pakistan

10 kanak-kanak mati lemas bot karam di barat laut Pakistan

10 kanak-kanak mati lemas bot karam di barat laut Pakistan
SERAMAI 10 kanak-kanak lemas setelah bot yang dinaiki mereka terbalik. -AGENSI

PESHAWAR: Sepuluh kanak-kanak maut apabila bot yang dinaiki mereka karam hari ini di barat laut Pakistan, kata seorang pegawai polis tempatan.

Kesemua yang maut setakat ini ditemukan dari tasik Tanda Dam, dekat Kohat di wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

Menurut pegawai polis tempatan, Mir Rauf kesemua mangsa berusia antara tujuh dan 14 tahun.



Mir berkata, 11 kanak-kanak diselamatkan dari air dengan enam dalam keadaan kritikal.

Bot itu membawa antara 25 dan 30 pelajar dalam perjalanan sehari dari madrasah tempatan sewaktu ia terbalik.

“Operasi menyelamat sedang dijalankan,” kata Mir kepada AFP.

Kejadian lemas beramai-ramai adalah perkara biasa di Pakistan berikutan kapal yang sudah tua dan sarat muatan hilang kestabilannya lalu penumpang terjatuh ke dalam air.



Ramai penduduk di negara ini tidak tahu berenang terutamanya wanita yang tidak digalakkan untuk belajar kemahiran itu kerana adat istiadat sosial yang konservatif.

Pada Julai tahun lalu, 18 wanita mati lemas apabila bot sesak yang membawa mereka ke kenduri kahwin merentasi sungai Indus di wilayah Punjab terbalik.-AFP

Akaun PPBM Dan Beberapa Parti Lain Sudah Di Bekukan?



10 kanak-kanak mati lemas bot karam di barat laut Pakistan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Akaun PPBM Dan Beberapa Parti Lain Sudah Di Bekukan?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading