Wanita curi wang dari premis pakaian terpakai diburu

Gombak: Polis sedang memburu suspek wanita yang disyaki mencuri wang dari sebuah premis menjual pakaian terpakai di Selayang Baru, di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, video kejadian berkenaan tular di media sosial pada 25 April lalu.

“Kejadian disedari pemilik premis terbabit ketika hendak mengira hasil jualan harian premis dan mendapati wang hasil jualan tiada di dalam laci simpanan wang.



“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (cctv) mendapati seorang wanita dilihat mengambil sejumlah wang dari dalam laci simpanan wang premis berkenaan,”katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, berikutan insiden itu mangsa mengalami kerugian kira-kira RM700.

“Polis kini sedang giat mengesan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung suspek boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat



Jenayah, Sarjan Muhammad Ekhmal Nasir Khan di talian 013-3020385 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222,”katanya.

METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading