Langkah Dubai gagal kini langkah Seremban pula

 

Oleh Pena Merah

Langkah Dubai gagal kini langkah Seremban pula
Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias (tengah) menerima penerangan daripada Jurutera JKR Daerah Jelebu, Syamsul Amri Mohd Ishak (bertopi) mengenai projek pembinaan Masjid Kariah Kampung Kerangai. – Foto NSTP/Abnor Hamizam Abd Manap

Selepas usaha menjatuhkan Kerajaan Perpaduan melalui Langkah Dubai, timbul pula dakwaan gerakan mahu menjatuhkan kerajaan Negeri Sembilan, kali ini melalui Langkah Seremban.

Bagaimanapun Ketua Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias menyangkal dakwaan yang disifatkan sebagai provokasi mahu menggugat keharmonian negeri itu.



Tegasnya, tidak wujud perbalahan antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO/Barisan Nasional (BN) dan ADUN daripada Pakatan Harapan (PH).

“Saya sebagai EXCO Kanan Kerajaan Negeri Sembilan serta bersama 13 ADUN lain akan terus menyokong dan mengekalkan Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

“Kita komited secara bersama memberi tumpuan membangunkan ekonomi dan masyarakat di negeri ini dan ketika ini sudah wujud persefahaman yang cukup baik antara kami (BN dan PH).

“Kita komited dan akan terus menyokong dan mengekalkan Aminuddin sebagai Menteri Besar, tidak timbul isu mengenainya lagi,” katanya.



Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu dan ADUN Pertang ditemui ketika melawat pembinaan Masjid Kariah Kampung Kerangai di sini hari ini.

 

Langkah Dubai gagal kini langkah Seremban pula
Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias (tengah) menerima penerangan daripada Jurutera JKR Daerah Jelebu, Syamsul Amri Mohd Ishak (bertopi) mengenai projek pembinaan Masjid Kariah Kampung Kerangai. – Foto NSTP/Abnor Hamizam Abd Manap

Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan diwakili 14 ADUN daripada BN, 17 PH dan lima daripada Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti mudah membentuk kerajaan adalah 19 kerusi.

Sementara itu, Jalaluddin berharap Masjid Kariah Kampung Kerangai yang mula dibina pada Mac 2021 dapat digunakan bagi aktiviti keagamaan pada 1 Ramadan tahun ini.



Katanya, masjid yang dibina dengan kos RM2.8 juta mengalami kelewatan disebabkan beberapa faktor seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerja meroboh masjid lama, kerja membabitkan struktur tanah dan cuaca.

-Berita Harian-


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading