Intan Najuwa ada perniagaan sendiri

 

Oleh Pena Merah

Intan Najuwa ada perniagaan sendiri
Intan Najuwa

Poklip terhibur sebenarnya dengan komen-komen yang ditinggalkan segelintir warganet di beberapa hantaran selebriti. Kadang-kadang, Poklip tertanya-tanya mereka ini semua kawan rapat ke?

Bukan apa, ada komen yang ditinggalkan itu bunyinya agak kasar dan seperti bukan perbualan dengar orang luar. Bukan juga macam kawan-kawan saling menyindir mesra, bergurau manja sesama sendiri.



Seperti komen yang ditinggalkan di hantaran baharu pelakon, Intan Najuwa. Entah datang dari mana, tiba-tiba menuduh pelakon itu dengan perkataan riak. Eh, kenapa pula tiba-tiba cakap orang riak kan?

Macam mana individu itu boleh masuk terus dalam hati dan akal Intan sampai boleh keluarkan perkataan seperti itu? Pelik tetapi itu baru satu contoh. Sebenarnya, banyak lagi komen-komen yang menyakitkan hati kalau kita baca.

Kalau pasal duit, janganlah kita senang-senang label seorang wanita macam kaki kikis. Kalau pun dia nak mengikis, itu duit suami dia tau. Bukan suami orang lain. Tambahan pula, Intan pun sendiri berkerja.

Dia bukan goyang kaki dekat rumah. Berlakon, sambung belajar dan ada perniagaan sendiri juga. Sebab itu jangan senang-senang masuk rumah orang lain tanpa bagi salam. Cuba beradab sikit kan.



Sekarang ini, segelintir netizen mudah sahaja jatuh hukum. Malah, kadang-kadang lebih sudu dari kuah. Tak perlu pun masuk campur dengan hal hidup orang lain. Jangan dengki dengan bahagia orang lain.

Lebih-lebih lagi kalau tiada benda baik hendak ditulis. Cukuplah kita mendoakan yang baik-baik. Bukankah itu akan berbalik kepada kita juga?

Memang wujud selebriti yang suka mencari perhatian, tunjuk yang bukan-bukan dan buat gimik bodoh yang tak terjangkau akal manusia. Namun, tidak semua niatnya begitu tau. Jangan pukul rata semua.

-Utusan-




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading