Anak bekas PM kena isytihar harta dalam dan luar negara

Oleh – Bakhtiar Omar


Anak bekas PM kena isytihar harta dalam dan luar negara

 



 

Seorang anak bekas Perdana Menteri dikehendaki mengisytiharkan harta dalam dan luar negara miliknya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia-SPRM semalam.

Anak bekas PM itu dipercayai disiasat berhubung aktiviti perniagaannya pada akhir 90an.

“Siasatan menghendakinya mengisytiharkan semua harta miliknya sama ada di dalam atau di luar negara secara bertulis,” – 17/1/2024



Beliau juga disiasat berkait pembelian sebuah subsidiari syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Bagaimanapun, tidak ada sebarang maklumat siapakah anak bekas Perdana Menteri yang dimaksudkan.

Ada laporan menyatakan siasatan ada kemungkinan siasatan dijalankan berikutan laporan Offshore Leaks yang menyenaraikan nama anak bekas PM, namun tidak dapat disahkan samada benar atau tidak perkara tersebut.

Offshore Leaks adalah pendedahan kebocoran maklumat sebanyak 130,000 akaun pesisir luar pantai yang memperincikan maklumat kewangan peribadi mengenai individu dan pegawai kerajaan yang sebelum ini dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

Ia mendedahkan bagaimana ahli politik, bintang sukan dan penjenayah terkemuka menyembunyikan kekayaan mereka menggunakan tempat perlindungan cukai luar pesisir. – Laporan 17/1/2024



Agak misteri untuk berteka-teki siapakah anak bekas PM yang dimaksudkan tetapi gambaran berkait pembelian syarikat, amalan kronisme dan nepotisme dengan alasan penswastaan menjurus kepada satu sosok yang sangat dikenali.

Beli syarikat yang agak ‘uzur’ pada harga murah, kemudian di’solek’ dengan cantik dan dijual pada harga yang ‘tidak masuk akal’ dengan keuntungan berlipat kali ganda.

Jika difikirkan secara ilmiah, semua siasatan ini akan menjurus kepada 2 individu terkenal yang selama ini memonopoli percaturan perniagaan serta menyusun ‘kartel’ untuk menguruskan kroni-kroni mereka.

Kita juga dikejutkan dengan tindakan SPRM menyita sebuah bangunan yang dikaitkan dengan seorang ‘tokoh’ perniagaan yang menyifatkan kekayaannya mampu mencecah sehingga RM50 Billion. Satu rekod pencapaian yang mampu mengatasi kekayaan Sultan Brunei.



Daim akui kekayaan beliau boleh cecah RM50 Billion

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button