Lebih 1.2 juta daftar PADU

Oleh – Syeikh Baran


Lebih 1.2 juta daftar PADU

Pendaftaran Sistem Pengkalan Data Utama (PADU) meningkat kepada 1,214,859 orang setakat Rabu.



Daripada jumlah itu, rakyat Selangor merekodkan pendaftaran tertinggi iaitu 243,851 disusuli Sarawak (137,036) dan Johor (128,193).

Labuan pula merekodkan pendaftaran terendah iaitu 3,258 orang.

Sistem PADU dibuka pendaftaran kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas bermula 2 Januari lalu sehingga 31 Mac ini bagi membolehkan orang ramai mengemas kini serta mengesahkan 39 item maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat.

Ia mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia, merupakan pangkalan data sosio ekonomi negara yang bersepadu dengan menggabungkan data dari jabatan dan agensi kerajaan bagi memberikan gambaran seadilnya mengenai kedudukan sosio ekonomi setiap isi rumah rakyat Malaysia.

“Tahniah kepada anda semua yang telah mendaftar dan menjadi sebahagian daripada yang menjayakan pelaksanaan PADU,” kata pengendali laman Facebook sistem itu pada Khamis.



Sumber – Sinar Harian


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading