Peniaga berdepan denda RM1 juta

Oleh – Syeikh Baran


Peniaga berdepan denda RM1 juta
Penguat kuasa KPDN memeriksa minyak masa peket yang disorok di sebuah premis di Tanjung Rambutan, Ipoh semalam. – Foto IHSAN KPDN

Sebanyak 1,248 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi bernilai kira-kira RM3,120 disita Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) dari sebuah premis di Tanjung Rambutan, di sini tengah hari semalam.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, semasa uji beli dilakukan, juruwang memaklumkan bahawa minyak masak habis dijual dan penguat kuasa KPDN diminta untuk datang semula pada sebelah petang.



“Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, pegawai serta penguat kuasa beruniform melakukan pemeriksaan menyeluruh dan menemui sejumlah minyak masak peket yang disimpan di dalam stor premis berkenaan.

“Susulan itu, satu arahan pengistiharan stok di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 telah diberi kepada penyelia premis,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan seseorang selain dari badan korporat boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau tidak melebihi tiga tahun penjara atau kedua-duanya.

“Bagi mana-mana badan korporat yang melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini apabila disabitkan pula, boleh didenda tidak melebihi RM2 juta,” katanya.



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading