Kedah, Perlis ‘panas lit lit’ 1 Syawal
Oleh – Syeikh Baran
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) bagi 10 kawasan di empat negeri, hari ini.
Menurut kenyataan, status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah selsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
“Amaran sama turut dikeluarkan untuk seluruh negeri Perlis serta di Gua Musang, Kelantan,” katanya.
Di Sarawak, amaran cuaca panas tahap satu dikeluarkan bagi kawasan Mukah dan Selangau.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai status cuaca panas di pautan https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.
Sumber – KOSMO! ONLINE
Discover more from My TV ONLINE
Subscribe to get the latest posts to your email.