Sultan Nazrin solat Aidilfitri di Masjid Ubudiah

Oleh – Syeikh Baran


Sultan Nazrin solat Aidilfitri di Masjid Ubudiah
Sultan Nazrin (tengah) berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar hari ini.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama-sama kira-kira lebih 500 jemaah lain di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, hari ini.

Berangkat sama ialah Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.



Turut bersama menunaikan ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta beberapa ahli Exco, kepimpinan dan pentadbiran negeri.

Sebaik selesai menunaikan solat, Sultan Nazrin kemudian menziarahi pusara ayahanda baginda, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di Makam Diraja masjid berkenaan sebelum berangkat pulang.

Jemaah turut tidak melepaskan peluang untuk bersalam dengan baginda selepas solat sunat, selain bergambar dengan Masjid Ubudiah yang berusia lebih 100 tahun.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading