‘Pilot’, penumpang dikompaun rentas negeri guna pesawat

Kuantan: Gara-gara tidak mempunyai surat kebenaran merentas sempadan negeri, dua juruterbang dan dua penumpang dikompaun.

Mereka dikenakan tindakan itu selepas pesawat ringan yang mereka naiki mendarat di Lapangan Terbang Kampung Tekek di Pulau Tioman, Rompin kira-kira 147 kilometer dari sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Azari Miskon berkata, keempat-empat individu termasuk seorang wanita berlepas dari Lapangan Terbang Subang, Selangor dan mendarat di lapangan terbang pulau peranginan itu pada 3 petang.



“Selain juruterbang persendirian itu, kapal terbang tersebut dinaiki oleh pengurus keselamatan dan pengurus pemasaran sebuah perniagaan akitivti menyelam di sebuah resort di Kampung Juara, Pulau Tioman.

“Mereka didapati tidak mempunyai surat kebenaran merentas sempadan negeri daripada polis mahupun surat majikan atau bekerja dalam sektor keperluan asas yang merupakan keperluan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Selangor,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Azari berkata, kompaun itu dikeluarkan mengikut Seksyen 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 kerana keluar dari kawasan yang diisytiharkan PKPB tanpa kebenaran.

Beliau berkata, mereka juga bersetuju untuk pulang ke Lapangan Terbang Subang pagi esok kerana juruterbang persendirian itu mendakwa tidak mempunyai kebenaran menerbangkan pesawat pada waktu malam.



“Untuk malam ini (tadi), pihak Kementerian Kesihatan Kesihatan (KKM) sudah mengeluarkan gelang kuarantin kepada empat individu itu selain akan dipantau oleh pasukan pemantauan sehingga mereka bertolak pulang esok (hari ini),” katanya.

UMNO berhak semak kedudukannya dalam PN – Annuar Musa

Tengku Razaleigh hantar usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button