Warga emas antara dua keldai akaun yang ditahan

Oleh – Syeikh Baran


Warga emas antara dua keldai akaun yang ditahan
Gambar Hiasan

Polis menahan dua wanita termasuk seorang warga emas dipercayai menjadi keldai akaun kepada dua sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM74,978.80, semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, dua wanita berumur 30 dan 65 tahun itu ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya di Bayan Lepas bagi membantu siasatan.



“Dalam kes pertama, wanita berumur 30 tahun itu ditahan menjadi keldai akaun kepada sindiket memperdaya mangsa dalam urusan penipuan tawaran kerja yang tidak wujud melalui dalam talian.

“Berdasarkan siasatan, mangsa telah diberikan pautan Amazon untuk tawaran kerja terbabit dan seterusnya mangsa telah membuat beberapa transaksi ke akaun bank membabitkan jumlah keseluruhan RM43,349,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Bagi kes melibatkan wanita warga emas, beliau berkata dia ditahan dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan iaitu memperdaya mangsa dalam urusan kerja sambilan tidak wujud melalui dalam talian susulan laporan polis di Bayan Baru di sini.

Kamarul Rizal berkata, berdasarkan siasatan, mangsa telah membuat 12 transaksi secara dalam talian ke akaun bank dengan jumlah keseluruhan RM31,689.80 dan hanya menyedari menjadi mangsa penipuan selepas tidak mendapat kerja sambilan yang ditawarkan serta duit simpanannya turut lesap.



Beliau berkata, kedua-dua wanita itu kini direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu.

Sumber – HARIAN METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading