Enam motosikal dihempap runtuhan batu di Gua Kelam

Oleh – Syeikh Baran


Enam motosikal dihempap runtuhan batu di Gua Kelam
Keadaan motosikal yang dihempap runtuhan batu di Kompleks Ekopelancongan Gua Kelam, dekat Padang Besar hari ini.

Enam motosikal milik pengunjung rosak akibat dihempap runtuhan batu dari dinding bukit di Kompleks Ekopelancongan Gua Kelam, dekat sini hari ini.

Kejadian yang berlaku berhampiran pintu Gua Kelam 1 kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu bagaimanapun tidak melibatkan mangsa.



Pengarah Perhutanan negeri, Ag. Shaffie Ag. Ahmadni berkata,
lokasi kejadian adalah kira-kira 30 meter di sebelah kanan pintu masuk Gua Kelam 1 yang juga merupakan tempat letak motosikal orang awam.

“Sebanyak enam motosikal pengunjung yang dihempap batu tersebut dan kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, tindakan awal yang telah diambil adalah memasang ‘caution tape’ di lokasi kejadian bagi mengelakkan orang awam mendekati kawasan berkenaan.

“Selain itu, kita menutup serta-merta sementara aktiviti memasuki Gua Kelam 1 sehingga diberitahu kelak serta membuat laporan polis dan mendapatkan maklumat pemilik motosikal terlibat,” ujarnya.



Tambahnya, satu kajian lanjut akan diselaraskan bersama pihak Jabatan Mineral dan Geosains untuk menilai kawasan tebing bukit sekitar kawasan Kompleks Ekopelancongan Gua Kelam itu.

Jabatan Perhutanan negeri turut mengeluarkan notis makluman di akaun Facebook rasminya berhubung penutupan sementara Gua Kelam 1 di kompleks ekopelancongan itu disebabkan runtuhan dinding bukit itu.

Walau bagaimanapun, aktiviti rekreasi air, Gua Kelam 2 dan Galeri Gua Kelam serta Rumah Cermin dibuka seperti biasa.

Sumber – KOSMO! ONLINE.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading