Selepas Perlis Satu Lagi Negeri PAS Di Serbu SPRM

Selepas Perlis Satu Lagi Negeri PAS Di Serbu SPRM

Selepas Perlis Satu Lagi Negeri PAS Di Serbu SPRM

 

Belum reda isu kes rasuah yang berlaku di pejabat Menteri Besar Perlis, kini satu lagi negeri yang berada di bawah pentadbiran PAS diserbu SPRM.

SPRM kini sedang berkampung di Kelantan kerana membuat siasatan terhadap 28 telaga jejari yang dibina menerusi Projek Pembinaan Telaga Jejari (HCW).



Ia membabitkan 10 projek pembinaan serta membaik pulih loji rawatan air (LRA).

Projek berjumlah lebih RM300 juta yang dibina Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) telah gagal berfungsi bagi membekalkan air kepada penduduk.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, projek berkenaan dibina antara 2008 hingga 2015

Susulan itu empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan terhadap pembinaan HCW di Kelantan.



“HCW berkenaan sepatutnya berfungsi untuk membekalkan air mentah kepada LRA sebelum disalurkan kepada pengguna.”

“Pembinaan HCW berlainan kapasiti ini adalah alternatif untuk mengatasi masalah air di negeri itu.”

“Terutama pada musim kemarau.”

“Tetapi sebahagian besar telaga yang dibina ini gagal menghasilkan kuantiti sumber air pada tahap optimum.”



“SPRM juga percaya bahawa terdapat manipulasi membabitkan proses kelulusan projek ini pada 2015.”

“Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2015 mendedahkan bahawa sebanyak lapan LRA yang diaudit pada ketika itu.”

“Hasilnya empat LRA iaitu LRA Pintu Gang, Wakaf Bunut, Wakaf Bharu dan Chica yang mempunyai telaga jejari tidak berfungsi dengan sempurna.”

“Walaupun isu itu sudah didedahkan dan ditegur Ketua Audit Negara, masalah ini masih tetap berulang,” jelas Azam Baki.



Sehubungan itu, SPRM telah menahan empat individu termasuk dua bekas pegawai kanan syarikat air di Kelantan bagi membantu siasatan.

Keempat-empat lelaki berusia antara 40 hingga 60-an itu ditahan secara berasingan.

Dua lagi yang ditahan adalah pemilik syarikat yang diberi tanggungjawab sebagai konsultan bagi menyiapkan pembinaan telaga terbabit.

Semua mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu, esok, bagi proses permohonan reman untukk siasatan lanjut.



Penulis cuma mahu bertanya kepada makcik kitab besar, agak-agaknya nama 4 lelaki tersebut ada dalam kitab besar tak…😜😜😜

 

Selepas Perlis Satu Lagi Negeri PAS Di Serbu SPRM

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button