Reman kes khianat dengan api dilanjutkan

Oleh – Syeikh Baran


Reman kes khianat dengan api dilanjutkan
Gambar Hiasan

Reman ke atas empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes khianat dengan api di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng dekat sini pada Khamis dilanjutkan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, reman ke atas kesemua suspek akan berakhir esok (Selasa) dan ia akan disambung pada hari yang sama.



“Tahanan reman ke atas suspek akan disambung semula esok (Selasa) berhubung kes khianat dengan api di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng,” katanya pada Isnin.

Menurutnya, tangkapan seorang lelaki berusia 28 tahun telah dibuat pada Ahad berhubung kes tersebut.

Beliau berkata, permohonan reman telah dibenarkan selama empat hari bermula Isnin sehingga Khamis.

“Motif kejadian kes ini masih dalam siasatan pihak polis,” jelasnya.



Sumber – SINAR HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button