ISTERI ANGAH RAJA LAWAK SELAMAT LAHIRKAN ANAK PEREMPUAN

Tahniah diucapkan kepada penyampai radio Sinar, Angah Raja Lawak apabila isterinya, Amira Asyura Abd Razak telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan. Angah berkongsi berita gembira itu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya pagi tadi.

Image_1.jpg

Angah atau nama sebenarya Iskandar Shah Hashim, meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi ucapan dan mendoakan urusan kelahiran tersebut.

“Alhamdulillah syukur bidadari saya selamat melahirkan puteri kami yang sangat comel macam bapaknya. Terima kasih semua atas doa dan ucapan kalian ya,” tulisnya sebagai kapsyen.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Meninjau ruangan komen, ramai pengikut Angah termasuk beberapa rakan industri mengucapkan tahniah kepadanya dan isteri. Antara yang meninggalkan komen adalah Elizad Sharifuddin, Fizo Omar, Feeya Iskandar, Jep Sepahtu dan ramai lagi.

Angah dan Amira mendirikan rumah tangga pada 19 Februari 2016 dan telah memiliki seorang cahaya mata perempuan sebelum ini. Selain itu, Angah juga memiliki seorang cahaya mata perempuan hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu.



Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg



Image_7.jpg

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading