KUFC ikat Syahrul Azwari


Kredit: FB Kelantan United Football Club

03/01/2021 03:10 PM

KOTA BHARU, 3 Jan — Pasukan Kelantan United (KUFC) dalam usahanya memperkuatkan lagi barisan serangannya dengan mengikat kontrak dengan bekas pemain kebangsaan Syahrul Azwari Ibrahim, 27, bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Setiausaha Eksekutif KUFC Wan Mohd Zul Ikman berkata, pihak kelab telah menandatangani kontrak pemain kelahiran Tanah Merah itu, hari ini.



“Beliau (Syahrul Azwari) akan digandingkan dengan penyerang tempatan dan import yang lain, bagi memberikan cabaran kepada pasukan lawan pada Liga-M yang dijangka bermula bulan depan. Syarul Azwari bersetuju untuk bersama KUFC dengan kontrak setahun,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Syarul Azwari pernah beraksi dengan skuad harimau muda pada tahun 2011 hingga 2016, malah pada saingan Liga-M, beliau menyertai pasukan seperti Sarawak, Johor Darul Ta’zim FC (JDT ll), dan Melaka United.

Wan Mohd Zul turut berkata pemain yang memiliki ketinggian 1.75 meter itu, telah lulus ujian kesihatan sebelum menandatangani kontrak berkenaan.

“Beliau mempunyai pengalaman dan kami yakin pemain itu akan menyumbang sesuatu kepada pasukan pada musim ini. Diharapkan kehadiran beliau dapat memperkuatkan lagi pasukan dan membantu pasukan negeri kelahirannya mencipta kejutan,” katanya.



Pada musim ini, pasukan Kelantan FC diperkuatkan dengan pemain yang seimbang dari segi usia dan pengalaman, bagi menghadapi saingan Liga-M terutamanya Liga Premier.

KUFC bincang gaji pemain selepas PKP tamat




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading