Muhyiddin Tidak Boleh Teruskan Rayuan Ke Mahkamah Persekutuan

Muhyiddin Tidak Boleh Teruskan Rayuan Ke Mahkamah Persekutuan

Muhyiddin Tidak Boleh Teruskan Rayuan Ke Mahkamah Persekutuan

 

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin, memaklumkan kepada mahkamah, Muhyiddin tidak boleh teruskan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Menurut Wan Shaharuddin, undang-undang tidak membenarkan Muhyiddin meneruskan rayuan ke peringkat tertinggi kerana kes utama bermula di Mahkamah Sesyen.



Beliau berkata begitu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semasa sebutan pagi tadi berhubung kes salah guna kuasa dan pengubahan wang haram terhadap Muhyiddin.

Wan Shaharuddin bangkit untuk membantah ketika permohonan pembelaan untuk memfailkan permohonan menangguhkan prosiding mahkamah rendah.

Ia bagi membolehkan kes ditangguhkan sementara menunggu keputusan di Mahkamah Persekutuan.

“Kes jenayah utama adalah di Mahkamah Sesyen”.



“Dan oleh itu dihadkan oleh Seksyen 87 Akta Mahkamah Kehakiman (CJA)”.

“Peruntukan tersebut menyatakan bahawa sebarang rayuan yang timbul daripada sesuatu perkara di Mahkamah Sesyen hanya boleh dibawa ke Mahkamah Tinggi dan akhirnya ke Mahkamah Rayuan”.

“CJA juga menyatakan bahawa hanya rayuan yang berasal  daripada perkara di Mahkamah Tinggi boleh dibawa ke Mahkamah Rayuan”.

“Dan akhirnya ke Mahkamah Persekutuan,” hujah beliau di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi.



Bagaimanapun, peguam Muhyiddin, Hisyam Teh Poh Teik menyangkalnya.

Beliau berhujah, rayuan boleh dibuat ke Mahkamah Persekutuan.

Ini adalah kerana rayuan di Mahkamah Rayuan adalah berhubung permohonan semakan di Mahkamah Tinggi.

Dan ianya bukan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen.



Hakim Azura bagaimanapun akhirnya menetapkan sebutan kes pada 3 April 2024.

 

Muhyiddin Tidak Boleh Teruskan Rayuan Ke Mahkamah Persekutuan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading