UMNO perlahan-lahan sudah mulai lupakan Najib Razak?

Oleh – Bakhtiar Omar


UMNO perlahan-lahan sudah mulai lupakan Najib Razak?

Nama Najib Razak sangat sinonim dengan UMNO kerana beliau mula berkecimpung dalam politik selepas Tun Abdul Razak meninggal dunia.



Mutakhir ini, nama Najib Razak seakan sudah hilang dari ‘ingatan’ UMNO di peringkat tertinggi tetapi masih jadi bualan ahli Umno di peringkat akar umbi.

Diangkat sebagai ahli parlimen Pekan pada usia 23 tahun pada 1976 bagi menggantikan tempat Tun Abdul Razak.

Beliau juga menjadi Menteri Besar Pahang, Dato Sri Najib Razak merupakan Menteri Besar paling muda dalam sejarah pada 1982-1986 dan kemudiannya mula berkhidmat di beberapa Kementerian di peringkat Pusat.

Najib Razak menjadi Presiden UMNO Ke-7 pada 28 Mac 2009 sehingga 12 Mei 2018.



Karier politik beliau mencapai kemuncak apabila dilantik menjadi Perdana Menteri Ke-6 pada 3 April 2009 sehingga 9 Mei 2018.

NAJIB RAZAK DIJATUHKAN DENGAN FITNAH SERTA TOHMAHAN PIHAK LAWAN

UMNO perlahan-lahan sudah mulai lupakan Najib Razak?

Berdepan dengan pelbagai pertuduhan berunsur politik oleh pihak lawan, Najib telah dihukum oleh Mahkamah dengan hukuman penjara selama 12 tahun.

Namun demikian, sebahagian besar penyokong dan ahli Umno yakin Najib tidak bersalah di atas pertuduhan tersebut dan mengganggap beliau dizalimi dengan pelbagai penganiayaan oleh pihak lawan.



Pelbagai cara dilakukan para penyokong Najib serta ahli Umno dalam menunjukkan solidariti terhadap beliau.

Malah, satu ketika berdegar-degar pemimpin Umno mahu membela nasib Najib Razak yang mahu membebaskan beliau.

Pelbagai platform digunakan untuk meraih sokongan para penyokong Najib Razak serta mereka yang bersimpati dengannya.

Bagaimanapun, akhirnya laungan-laungan tersebut hanyalah sekadar mencari populariti dan menambah sokongan untuk kepentingan diri sendiri serta kepentingan politik.



Ramai yang menggelengkan kepala bila Najib masih lagi bersendirian menangani stigma yang dilemparkan terhadapnya sehingga membawa hukuman penjara.

Najib masih lagi digambarkan sebagai ‘pencuri wang rakyat’ walaupun kebenaran sudah mulai terbongkar. Najib masih lagi dilabelkan dengan pelbagai tohmahan serta cercaan dari pihak lawan.

Namun demikian, sesuatu yang harus dipelajari dari Najib, beliau tidak pernah meminta penyokongnya atau mana-mana ahli Umno untuk turun ke jalanan bagi membela nasibnya.

Beliau juga tidak pernah mengeluarkan apa-apa arahan untuk para penyokongnya menumbangkan kerajaan sekarang.



Apa yang dirasakan para penyokong Najib, Umno sudah mulai melupakan Najib Razak secara perlahan-lahan.

PETISYEN, APA SUDAH JADI DENGAN TANDATANGAN DAN BERAPA JUMLAH YANG TELAH TERKUMPUL?

UMNO perlahan-lahan sudah mulai lupakan Najib Razak?

 

Spekulasi berkaitan petisyen yang dibuat UMNO untuk merayu pembebasan Najib sudah tidak lagi kelihatan, malah ada suara-suara menyatakan mereka tidak pernah didekati atau dihubungi pemimpin di peringkat Bahagian untuk menandatangan petisyen tersebut.



Lebih memburukkan keadaan, ada kalangan mereka menyebut sudah berulang kali menandatangan petisyen menerusi borang yang diedarkan. 

Bolehkah seseorang menandatangan petisyen lebih dari sekali kerana nombor kad pengenalan turut disertakan dalam borang tersebut.

Perkara ini perlu dipandang dengan serius oleh UMNO Pusat kerana ia akan menentukan samada petisyen tersebut sah atau hanya akan di’tong sampahkan’ kerana tidak boleh diperakukan.

PEMUDA UMNO sendiri sudah seperti ‘kehilangan suara’ dalam hal memperjuangkan nasib Najib Razak. Puteri UMNO pula seperti tidak ada apa-apa perasaan untuk perjuangan Najib Razak melainkan hanya menggunakan imej anak Najib, yang juga merupakan salah seorang Exco Puteri Pusat untuk mencari populariti.

Bukan itu sahaja, komen-komen dari pemimpin tinggi Umno juga sudah tidak lagi menyentuh hal Najib Razak. Adakah ini kerana sedang seronok diulit ‘mimpi indah’?

Akhirnya Najib Razak berjuang sendiri ditemani penyokong yang saban hari menemani beliau di Mahkamah dan mereka yang sentiasa berdoa buatnya.

 

 

 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading