Ismail Sabri tinjau persiapan akhir pembentangan Bajet 2023

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat tiba di bangunan Kementerian Kewangan (MOF) di sini, dipercayai bagi meninjau persiapan akhir Bajet 2023 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat, esok.

Ketibaan beliau pukul 12.13 tengah hari tadi disambut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan pegawai kanan kementerian.

Terdahulu, beliau menyempurnakan Majlis Pelancaran Pelan Induk Taman Meranti di ibu negara yang merupakan sebuah taman teknologi dan inovasi utama di Malaysia.



Desas-desus pelbagai pihak kemungkinan pembentangan Bajet 2023 tidak diadakan ekoran pembubaran Parlimen semakin hangat diperkatakan.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebelum ini mengesahkan kerajaan akan tetap membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2023 seperti dijadualkan.

Ia berdasarkan pemahamannya semasa mesyuarat pra majlis bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen ke-14, Isnin lalu.

© Utusan




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading