Remaja dibelasah kerana terlalu kacak

Oleh – Syeikh Baran


Remaja dibelasah kerana terlalu kacak
Gambar Hiasan

Seorang remaja Thailand berusia 15 tahun cedera parah selepas sekumpulan lelaki membelasahnya kerana dikatakan terlalu kacak, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Mangsa, Mooyong, 15, dimasukkan ke sebuah hospital pada Ahad lalu selepas serangan itu dan tidak sedarkan diri selama dua hari.



Selepas pulih, dia menceritakan kejadian itu kepada saluran televisyen Channel 3, semalam.

Menurut Mooyong, dia bersama empat rakannya pergi ke kedai gunting rambut pada hari kejadian dan terserempak dengan empat remaja terbabit.

Mereka kemudian mencabar Mooyong dan rakannya untuk bergaduh. 

Tambah Mooyong, dia diberitahu oleh empat remaja berkenaan bahawa mereka berasa iri hati dengan ketampanannya. 



Susulan kejadian itu, beberapa penduduk Ban Nong Kanon Simma, wilayah Udon Thani, menggesa polis mengambil tindakan terhadap kumpulan remaja berusia antara 12 hingga 16 tahun itu kerana melakukan serangan tersebut.- AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading