Taliban bakar alat muzik rosak akhlak

Taliban bakar alat muzik rosak akhlak

Taliban bakar alat muzik rosak akhlak
PIHAK berkuasa Taliban membakar alat muzik yang dianggap akan merosakkan akhlak di wilayah Herat. FOTO AFP.

Kabul: Sejak rampasan kuasa pada Ogos 2021, pihak berkuasa Taliban terus-menerus mengenakan undang-undang dan peraturan yang mencerminkan wawasan Islam mereka.

Sabtu lalu, di Wilayah Herat, penguat kuasa daripada pejabat kementerian Afghanistan membakar alat muzik yang dirampas pada hujung minggu kerana tanggapan muzik tidak bermoral.

“Mempromosikan muzik menyebabkan kerosakan akhlak dan memainkannya akan menyebabkan golongan muda sesat,” kata Aziz al-Rahman al-Muhajir, ketua jabatan Herat di Kementerian Penggalakan Kebajikan dan Pencegahan Maksiat.



Unggun api pada Sabtu itu menyaksikan peralatan muzik bernilai ratusan dolar musnah, kebanyakannya dikumpulkan dari dewan perkahwinan di bandar.

Ia termasuk gitar, dua instrumen bertali lain, harmonika dan tabla (sejenis dram) serta pembesar suara.

Wanita negara itu paling menanggung beban peraturan kerajaan baharu, malah tidak dibenarkan berada di khalayak ramai, melainkan memakai tudung.

Remaja perempuan dan wanita dilarang ke sekolah dan universiti, malah mereka tidak dibenarkan memasuki taman, taman permainan dan gimnasium.



Minggu lalu, beribu-ribu salun kecantikan ditutup di seluruh negara itu selepas pihak berkuasa menganggap perkhidmatan berkenaan terlalu mahal, atau tidak Islamik.

Taliban bakar alat muzik rosak akhlak


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PN Akan PECAH Sebab Bayan Lepas




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading