Kita tak bodoh, jangan abaikan pelajaran

Oleh – Syeikh Baran


Kita tak bodoh, jangan abaikan pelajaran
Hazama

“Kepada adik-adik yang tengah sekolah, jangan main-main, rugi.Nanti bila umur 40 tahu akan pandang balik”

Demikian pesanan penyanyi Hazama kepada golongan remaja yang masih berada di alam persekolahan agar tidak mensia-siakan peluang.



Kata Hazama atau nama lengkapnya Hazama Ahmad Azmi, 40, dia menyesal tidak mendalami al-Quran selain kurang fokus dalam pelajaran ketika bersekolah dulu.

“Kenapa masa zaman remaja nak membesar saya buat benda entah apa-apa, tetapi semuanya sudah tertuliskan.

“Kalau latih diri dari dulu, mungkin saya akan lebih ‘solid’ (berilmu). Ini umur 30 lebih baru nak mulakan (belajar),” katanya dalam sebuah video TikTok.

Dalam masa sama, pelantun lagu Di Amaran Mama itu turut menyesal tidak fokus dalam pelajaran yang boleh menjamin masa depannya lebih cerah.



“Macam sekarang bila kita belajar akan tahu dan boleh sahaja faham semua. Kenapalah kepala sekarang tidak sama macam zaman sekolah,” ujarnya.

Sementara itu, pelakon filem Syerif itu menegaskan kepada golongan muda untuk terus berjuang dalam pelajaran.

“Tolong jangan sia-siakan zaman sekolah sebab perkara ini berlaku sekali sahaja. Kalau terlepas memang tidak boleh patah balik,” jelasnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading