‘Perang’ PRN bermula, apa manifesto PN?

Oleh – Bakhtiar Omar


'Perang' PRN bermula, apa manifesto PN?

 



‘Perang’ PRN sudah bermula bila Perikatan Nasional sudah memulakan kempen di atas pentas 6 negeri yang akan melunaskan kewajipan pengundi.

Namun demikian, perkara pokok yang masih menjadi tanda-tanya ialah apa menifesto PN kali ini?

Jika PRU15, PN meletakkan ‘PN BEST’ yang merangkumi 12 tunjang utama, 30 pendekatan dan 234 tawaran tetapi pada PRN, mampukah mereka membawa tema yang sama?

Untuk mendabik dada kononnya PN bersih, perlu diingatkan ada kalangan pemimpin tertinggi PN sudah pun disenaraikan sebagai ‘Kluster Mahkamah’.



“Selamat datang kluster Mahkamah” sambut Muhyiddin

Dijangkakan akan ada beberapa nama besar dalam PN turut akan disenaraikan sebagai ‘Kluster Mahkamah’ selepas semua siasatan oleh pihak berkuasa selesai.

Untuk menjanjikan peluang pekerjaan, PN sendiri tidak mampu menjawap apa solusi yang mereka boleh tampilkan bagi berbuat demikian.

Malah, pengurusan ekonomi secara teori dalam PN nampak hebar tetapi semua tahu sebenarnya mereka tidak mampu memulihkan ekonomi dalam jangka pendek.



Sebagai rekod, politik negara menjadi kucar-kacir sejak 2018 sehingga 2022 apabila 3 Perdana Menteri silih berganti dalam tempoh sepenggal Parlimen.

Ini bukan satu imej yang baik negara boleh tampilkan bagi menarik perhatian pelabur luar. Ditambah lagi kini ada khabar PN merancang untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan demi untuk berkuasa.

Rakyat sudah serik bila berlaku pertukaran kerajaan yang menyebabkan kebajikan mereka terabai dan pengurusan negara agak haru-biru dengan pelbagai dasar yang mengelirukan.

Mahukah rakyat terus diperbodohkan dengan isu lapok dan tidak boleh membawa negara keluar dari kemelut perebutan kuasa?



Sampai bila rakyat harus dimangsakan pemimpin politik yang saling menuding hanya kerana mahu menguasai Putrajaya?

 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading