Bella masih terkesan, trauma

Oleh – Syeikh Baran


Bella masih terkesan, trauma
Gambar Hiasan

Meskipun sudah tiga tahun berlalu, remaja Sindrom Down Bella dikatakan masih trauma dengan kejadian yang menimpanya.

Perkara itu dimaklumkan peguam pemerhati Datuk Khairul Anwar Rahmat yang dilantik Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika ditanya mengenai keadaan Bella selepas prosiding keputusan rayuan Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali.



“Kami boleh mengesahkan sehingga kini Bella masih terkesan dan masih belum boleh menerima kesakitan dialami, dia masih trauma.

“Walaupun ada kecederaan sudah pulih dan ada masih lagi memerlukan rawatan susulan terutamanya kecederaan melibatkan kulit ibarat pepatah Melayu sakit boleh hilang parut tetap ada,” katanya.

Pada masa peguam itu turut memaklumkan, berdasarkan ujian klinikal yang dibuat pakar, Bella sudah berusia 17 tahun.

Terdahulu, Siti Bainun kekal atas sabitan dan hukuman dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Bella di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.



Hakim Datuk Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Siti Bainun selaku perayu untuk mengetepikan sabitan bersalah terhadapnya.

Dengan keputusan itu, mahkamah akan mendengar rayuan hukuman penjara 12 tahun yang dikenakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya mangsa yang berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan remaja tersebut cedera fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini pada Februari hingga Jun 2021.

Justeru pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.



Bagi pertuduhan pertama, Siti Bainun dipenjara 10 tahun manakala bagi pertuduhan kedua tertuduh dipenjara 12 tahun. Kedua-dua hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh sabitan.

Selain hukuman penjara, Siti Bainun juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading