Papagomo ke mahkamah bergari

Oleh – Syeikh Baran


Papagomo ke mahkamah bergari
Papagomo (baju biru) diiringi polis ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh Iqbal Rosli/Kosmo!

Bekas penulis blog Papagomo didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menghasut mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Bagaimanapun Papagomo atau nama sebenarnyaa Wan Muhammad Azri Wan Deris, 41, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.



Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menerbitkan penerbitan menghasut berkaitan isu pemilik KK Supermart & Superstore Sdn. Bhd. mengadap Sultan Ibrahim di laman X miliknya.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Bukit Bintang, di sini, pukul 12 tengah hari pada 29 April lalu.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.



Semasa prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairul Azreem Mamat, Mohd Sabri Othman dan Abdul Malik Ayob manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali dan Logen Eskander Abdullah.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button