Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella

Oleh – Syeikh Baran


Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella
Siti Bainun ketika hadir di Mahkamah Tinggi pada prosiding Mac lalu.

Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali kekal atas sabitan dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom, Bella, di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Datuk Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Siti Bainun selaku perayu untuk mengetepikan sabitan bersalah terhadapnya.



Dengan keputusan itu, mahkamah akan mendengar rayuan hukuman penjara 12 tahun yang dikenakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya mangsa yang berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan remaja tersebut cedera fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini pada Februari hingga Jun 2021.

Justeru pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan pertama, Siti Bainun dipenjara 10 tahun manakala bagi pertuduhan kedua tertuduh dipenjara 12 tahun. Kedua-dua hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh sabitan.



Selain hukuman penjara, Siti Bainun juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button