15 rumah terbakar, 65 penghuni terjejas

15 rumah terbakar, 65 penghuni terjejas

15 rumah terbakar, 65 penghuni terjejas
Anggota bomba menjalankan operasi pemadaman kebakaran rumah di Jalan Pujut Corner, Miri, hari ini. – Foto ihsan JBPM

KUCHING: Seramai 65 penghuni terjejas dalam insiden kebakaran 15 rumah, termasuk 12 musnah, di Jalan Pujut Corner, Miri, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, dua kediaman musnah separuh dan sebuah lagi hangus kira-kira lima peratus, manakala dua penghuni cedera ketika cuba menyelamatkan diri dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Katanya, mangsa cedera adalah seorang lelaki yang melecur di paha dan belakang badan, dan seorang wanita cedera di kaki kanan selepas terjatuh.



“Sejumlah 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng, BBP Lutong serta BBP Miri dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.33 petang.

“Secara keseluruhan, seramai 65 penghuni rumah jenis tidak kekal terbabit kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 6.35 petang, dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Teruk Majlis Peguam dan pakar undang undang kena salai dengan Tan Sri Shafie



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading