Remaja disyaki mental tikam adik umur 9 tahun hingga mati

Remaja disyaki mental tikam adik umur 9 tahun hingga mati

Remaja disyaki mental tikam adik umur 9 tahun hingga mati
Foto hiasan

RANAU: Seorang remaja lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental menikam hingga mati adik lelakinya berusia sembilan tahun menggunakan pisau di Kampung Kinapulidan di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, kejadian berlaku ketika suspek, 19, bersama adiknya itu dikatakan berada di ruang tamu rumah kira-kira jam 5.40 pagi.

Beliau berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian jam 11.27 pagi Khamis lalu daripada seorang lelaki yang mengatakan adiknya ditikam oleh abang mereka.



“Siasatan awal mendapati mangsa ditikam pada perut oleh suspek ketika kedua-duanya berada di ruang tamu pada jam 5.40 pagi.

“Mangsa dikejarkan ke hospital oleh jiran, namun disahkan meninggal dunia jam 11.10 pagi ketika menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Ranau,” katanya.

Simiun berkata, polis masih menyiasat motif kejadian dan tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai masalah mental.

Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

 



Remaja disyaki mental tikam adik umur 9 tahun hingga mati


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hudud akhirnya boleh dilaksanakan di Terengganu?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading