JAS, Kualiti Alam pantau udara di lokasi kebakaran bahan kimia

Oleh – Syeikh Baran


JAS, Kualiti Alam pantau udara di lokasi kebakaran bahan kimia
TEMPAT simpanan logistik sisa bahan kimia berjadual musnah dalam kebakaran. FOTO Ihsan pembaca.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan pusat pengurusan sisa Cenviro Sdn Bhd (Kualiti Alam) memantau keadaan udara dan air di persekitarannya susulan kebakaran tempat simpanan bahan kimia berjadual di pusat berkenaan, semalam.

Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan berkata, pihaknya sudah ke tempat kejadian untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai insiden itu.



Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang menjalankan siasatan untuk menentukan punca kebakaran selepas menerima panggilan dari tempat kejadian.

“Api berjaya dikawal daripada merebak ke kawasan lain dan pihak kami masih menunggu jangkaan kerosakan daripada pihak Kualiti Alam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan tambahan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kebakaran.

“Kami mahu memberi kepastian bahawa pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri mengambil tanggungjawab untuk menangani kejadian ini dengan cekap dan berkesan.



“Kami masih menunggu laporan terperinci manakala pihak Kualiti Alam memantau keadaan udara dan air di persekitarannya,” katanya.

Sementara itu, Cenviro merayu kepada masyarakat supaya tetap tenang ketika mereka berusaha mengekang api di pusat berkenaan.

“Pihak berkuasa yang berkaitan termasuk JBPM serta polis berada di tempat kejadian dan menguruskan situasi.

“Semua pekerja selamat dievakuasi ke tempat perjumpaan yang ditetapkan, dan orang awam dinasihatkan supaya tidak panik atau menyebarkan maklumat palsu di media sosial atau aplikasi



pesanan,” katanya.

Pihak syarikat akan terus memberikan kemas kini sebaik sahaja maklumat baru tersedia dan maklumat lanjut atau pertanyaan, boleh menghubungi Ismawati Mohd Shah di +0193610602 atau emel [email protected].

Sumber – HARIAN METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading