Suspek dikehendaki akhirnya dicekup

Oleh – Syeikh Baran


Suspek dikehendaki akhirnya dicekup
SUSPEK dalam senarai dikehendaki ditahan gara-gara guna nombor pendaftaran palsu pada motosikal. FOTO ihsan Polis

Suspek dalam senarai dikehendaki polis ditahan selepas dikesan menunggang motosikal menggunakan nombor pendaftaran palsu dalam Operasi Cegah Pendaftaran Palsu dan Pelbagai Kesalahan di sekitar ibu negara, di sini semalam.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur berkata,



suspek berusia 37 tahun dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Suspek ditahan Pasukan Risikan/Operasi JSPT Kuala Lumpur yang diketuai Inspektor Hafiz Hafizul bersama empat anggota di Jalan Pudu, di sini.

“Semakan rekod mendapati suspek berusia 37 tahun mempunyai rekod dikehendaki bersabit laporan di Ampang dan mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kesalahan dadah,” katanya di Facebook, hari ini.

JSPT Kuala Lumpur berkata, pihaknya turut menahan seorang lagi lelaki, 20, dalam operasi sama kerana didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu.



Katanya, kedua-dua suspek ditahan mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan akan dituduh di bawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Suspek yang dikehendaki akan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang untuk tindakan lanjut.

“Orang ramai dinasihatkan agar patuh kepada peraturan dan undang-undang serta jauhi kesalahan berkaitan dadah,” katanya.

Sumber – HARIAN METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading