Dua polis BSI ditahan bantu kes pemerasan

Oleh – Syeikh Baran


Dua polis BSI ditahan bantu kes pemerasan
Dua anggota polis yang berkhidmat di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini ditahan pada Jumaat, bagi membantu siasatan kes pemerasan melibatkan seorang lelaki tempatan yang bekerja di Singapura. Gambar hiasan

Dua anggota polis yang berkhidmat di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini ditahan pada Jumaat, bagi membantu siasatan kes pemerasan melibatkan seorang lelaki tempatan yang bekerja di Singapura.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Superintenden Lim Jit Huey berkata, penahanan suspek berusia 33 dan 34 tahun itu, dilakukan sejurus laporan polis diterima daripada lelaki berusia 50 tahun itu pada 11.21 pagi hari sama.



Beliau berkata, lelaki terbabit mendakwa telah diperas ugut sebanyak RM1,000 oleh dua anggota tersebut, sekitar jam 8.40 malam di BSI pada 4 Januari.

“Ujian saringan air kencing dua anggota polis terbabit telah dibuat dan hasilnya mereka negatif daripada penyalahgunaan dadah.

“Kedua-dua suspek direman tiga hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi talian Ibu Pejabat Polis Daerah JBS di 07-2182323 atau Pegawai Penyiasat Muhammad Fadzil Tuan Wil di talian 013-4472909.



Jit Huey dalam pada itu menegaskan pihaknya komited memerangi masalah integriti dan salah laku jenayah melibatkan pegawai dan anggotanya, serta tidak akan berkompromi dan mengambil tindakan tegas kepada pelaku. – Bernama

Sumber – SINAR HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading