Harimau Muda tumbang lagi

Oleh – Syeikh Baran


Harimau Muda tumbang lagi
Skuad Harimau Muda gagal meraih tiga mata penting dalam aksi menentang Vietnam. Foto FAM

HARIMAU Muda menderita kekalahan kedua dalam aksi Kumpulan D Piala Asia Bawah 23 tahun (B-23) selepas tewas kepada Vietnam 0-2 di Stadium Antarabangsa Khalifa pada Sabtu.

Kekalahan itu juga menyaksikan skuad kendalian Juan Torres Garrido mungkin terpaksa pulang awal dari kempen Piala Asia kali ini sekiranya Uzbekistan berjaya menewaskan Kuwait dalam satu lagi aksi sebentar lagi.



Bagaimanapun, skuad negara tampak positif pada separuh masa pertama apabila mencipta beberapa peluang dan berjaya memberikan tekanan kepada benteng pertahanan Vietnam.

Peluang pertama hadir pada minit ketiga menerusi Fergus Tierney, namun rembatannya tersasar sebelum Vietnam turut mengancam menerusi tandukan Vo Hoang Minh Khoa empat minit kemudian yang diselamatkan Muhammad Azim Al Amin.

Vietnam lebih bernasib baik apabila berjaya membuka tirai jaringan menerusi sepakan percuma cantik Khuat Van Khang pada minit ke-39.

‘Penyakit’ yang sering menyedekahkan penalti kepada lawan berulang apabila pertahanan negara, Muhammad Ubaidullah menolak pemain Vietnam Bui Vi Hao dalam kotak penalti pada minit ke-58.



Vo Hoang Minh Khoa tidak berdepan masalah untuk menewaskan Muhammad Azim sekali gus menggandakan kedudukan buat pasukan Golden Star Warriors sekali gus memberikan kemenangan untuk mengesahkan tempat ke suku akhir.

Skuad negara akan melengkapkan aksi kumpulan bertemu Kuwait pada Selasa ini.

Sumber – SINAR HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading