Bakar kucing hidup-hidup dapat kecaman netizen

Oleh – Syeikh Baran


Bakar kucing hidup-hidup dapat kecaman netizen
Rakaman CCTV menunjukkan sekumpulan lelaki bertindak membakar seekor anak kucing hidup-hidup. FOTO – Instagram Persatuan Haiwan Malaysia

Perbuatan kejam sekumpulan lelaki yang tergamak membakar seekor anak kucing hidup-hidup menerima kecaman daripada netizen di laman sosial semalam.

Video televisyen litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan akaun Instagram milik Persatuan Haiwan Malaysia mendapat perhatian meluas daripada orang ramai yang semacam tidak percaya dengan apa yang berlaku.



Menerusi perkongsian video berkenaan, kejadian dikatakan berlaku di sebuah pangsapuri di Kajang, Selangor jelas menunjukkan seorang lelaki melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu sambil disaksikan oleh dua orang rakannya.

Bagaimanapun, anak kucing itu berjaya diselamatkan oleh persatuan itu dan dibawa ke klinik veterinar bagi mendapatkan rawatan pemulihan intensif ekoran mengalami kecederaan parah.

Satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu dan ia merupakan kejadian pertama yang melibatkan pembakaran kucing hidup-hidup di negara ini.

Di ruangan komen akaun tersebut, ramai orang yang mengecam tindakan yang dilakukan oleh lelaki terbabit dan menggesa polis untuk mengambil tindakan tegas dengan segera menangkap penjenayah kejam itu.



“Pastikan tangkap jangan senyap,” kata Liya Lee.

“Allahu rabbi, tergamaknya buat macam itu. Paling tak tengok orang seksa binatang terutamanya kucing,” kata Hanna Zainal.

“Tak sanggup tengok habis. Tapi pastikan PDRM dapat semua pelaku dan beri tindakan agar menjadi pengajaran kepada mereka,” ujar Missabdul1975.

Perkongsian video di akaun Instagram tersebut mendapat jumlah tontonan sebanyak 2,852 dan mendapat 94 likes.



Sumber – KOSMO! ONLINE.


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading