Bedah siasat dijangka siap lewat tengah hari esok

Oleh – Syeikh Baran


Bedah siasat dijangka siap lewat tengah hari esok
SUASANA tenang dan terkawal di Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh setakat pukul 8 malam ini.

Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dalam satu kenyataan memaklumkan telah menerima sepuluh jenazah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), bagi prosedur bedah siasat pada sekitar pukul 6 petang di jabatan forensik hospital itu.

Katanya, insiden yang melibatkan 10 orang kakitangan TLDM itu disahkan terkorban di tempat kejadian.



“Prosedur bedah siasat telah dimulakan dan dijangka dapat disiapkan pada lewat tengah hari esok.

“HRPB dengan ini memohon kerjasama semua pihak untuk memberi ruang memastikan prosedur bedah siasat serta pengecaman mangsa dapat dijalankan dengan lancar oleh pihak Jabatan Forensik HRPB, selain menghormati privasi waris mangsa,” katanya di sini hari ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading