Pengutip besi buruk ditahan ceroboh pusat jagaan warga tua

Pengutip besi buruk ditahan ceroboh pusat jagaan warga tua

PASIR GUDANG: Polis menahan seorang pengutip besi buruk kerana disyaki menceroboh sebuah pusat penjagaan orang tua di Seri Alam dan dipercayai merogol penghuninya, seorang wanita warga emas berusia 71 tahun, semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, berkata lelaki yang juga pengutip besi buruk berusia 45 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di sekitar kawasan Desa Cemerlang, di sini, kira-kira jam 8 malam.



Katanya, terdahulu, pihaknya menerima laporan daripada pemilik rumah kebajikan itu terdapat seorang lelaki menceroboh masuk ke pusat itu melalui tingkap bawah yang tidak bertutup, kira-kira jam 12.30 pagi semalam (10 November).

“Pengadu memaklumkan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) terlihat seorang lelaki menceroboh masuk dan melakukan perkara tidak senonoh terhadap mangsa wanita tempatan yang juga penghuni rumah itu ketika tidur.

“Berdasarkan rakaman CCTV yang diperolehi dan selepas lapan jam laporan diterima, lelaki berkenaan ditahan.

“Susulan daripada tangkapan itu, polis dipandu arah oleh suspek dan berjaya merampas barangan yang digunakannya ketika kejadian.



“Rampasan merangkumi sehelai baju-T warna merah putih biru, seluar panjang warna biru gelap tanpa jenama dan sepasang selipar milik suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan barang rampasan dan rakaman CCTV yang diperolehi, pakaian yang dirampas adalah sama dengan pakaian digunakan suspek ketika kejadian.

Katanya, semakan rekod lampau turut mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah dan tiga rekod berkaitan dadah, manakala ujian saringan awal air kencing adalah negatif.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pencerobohan rumah dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan rogol.



“Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, manakala bagi kesalahan Seksyen 376 Kanun Keseksaan, boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

“Suspek direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 17 November ini bagi siasatan lanjut,” katanya.

Pengutip besi buruk ditahan ceroboh pusat jagaan warga tua



Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button