Kenapa Muhyiddin “kluster mahkamah” mudah dapat passport?

 

Oleh Adam Malik

Muhyiddiin “Kluster Mahkamah” begitu mudah dapat Passport untuk keluar negara menjadi bualan rakyat.



Mungkin mahkamah yang ada hak menentukan sama ada seorang “kluster mahkamah” yang miliki banyak kes babit ratusan juta wang rakyat boleh di izinan dapat semula passport keluar negara.

Namun rasionalnya menjadi bualan rakyat.

Ini kerana kes contoh sudah ada sebelum ini apabila pesalah lain yang terdahulu memohon passportnya untuk keluar negara dihalang dan disukarkan permohonan nya.



Setelah di beri kembali passportnya, pihak lawan bermain isu itu secara sensasi.

Digambarkan konon orang ini berkemungkinan akan melarikan diri pula.

Begitu lah yang terjadi terhadap Datuk Rosmah Mansor, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Sekadar mahu melawat anak sendiri yang mendapat cucu di Singapura pun disukar dan disensasikan permohonan passport nya.



Kemudian, Datuk Seri Najib Razak juga menerima nasib yang sama.

Selain mereka berdua Datuk Ahmaf Zahid Hamidi juga menerima Nasib yang sama, permohonan mahu kerjakan umrah dipertimbangkan oleh hakim bukan Islam dan memutuskan kerjakan umrah tidak wajib dan tidak diluluskan.

Itu lah yang sudah terjadi.

Kini , dengan izin Allah , pemangsa sudah jadi mangsa.



Isu Muhyiddn Yassin mohon passport untuk melawat saudara yang sakit di luarnegara menjadi persoalan dan bualan masyarakat.

Persoalan nya, kenapa begitu mudah dan begitu kerap?

Bukankah Muhyiddin suspek utama kes AMLA , rasuah dan salahguna kuasa dalam “multiple cases”?

Risiko untuk melarikan diri mungkin ada kerana salah seorang menantunya juga disuruh lari untuk mengelak dari didakwa kerana bukti begitu kukuh untuk kaitkan arahan dan pengetahuan Muhyiddin.



Maka, apabila Muhyiddin mohon passport untuk keluar negara berulangkali menjadi bualan rakyat.

Ramai juga menyoal adakah Muhyiddin ada pihak pensimpati dalam urusan ini?

Apa pun naratif utama dalam isi melalui bualan rakyat adalah kenapa begitu mudah meluluskan passport untuk Muhyiddin seolah olah , asal mohon lulus asal mohon lulus.

Pengajaran juga kepada Muhyiddin dan Tun Mahathir yang disatu masa lalu ketika berkuasa melakukan sesuatu ikut nafsu dan selera politik.



Kini, sudah kembali semula kepada diri masing masing, malah sudah ada yang mahu passport Tun Mahathir juga turut dirampas

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button