Kira-kira 70 penerbangan batal kerana kru sakit

Oleh – Syeikh Baran


Kira-kira 70 penerbangan batal kerana kru sakit
Gambar Hiasan

Kira-kira 70 penerbangan, meliputi antarabangsa dan domestik, kendalian syarikat penerbangan swasta Air India Express dibatalkan pada Rabu selepas kru kabin melaporkan mengalami sakit, seorang pegawai kanan syarikat penerbangan itu mengesahkan.

Syarikat penerbangan persendirian Air India Express ialah anak syarikat Air India, dan sebahagian daripada kumpulan Tata, mengendalikan lebih 2,500 penerbangan setiap minggu merentasi 31 lapangan terbang domestik dan 14 antarabangsa, dengan lebih 70 pesawat, terdiri daripada Boeing 737 dan Airbus A320.



“Sebahagian daripada kru kabin kami telah melaporkan sakit pada saat akhir, bermula malam tadi, mengakibatkan kelewatan dan pembatalan penerbangan. Ketika ini kami sedang berbincang dengan kru untuk memahami sebab di sebalik kejadian ini.

“Pasukan kami juga secara aktif menangani isu ini untuk meminimumkan sebarang kesulitan yang ditimbulkan kepada penumpang,” kata jurucakap Air India Express.

Jurucakap itu juga berkata penumpang akan diberi bayaran balik atau tiket mereka dijadual semula ke tarikh lain mengikut permintaan.

Sumber – HARIAN METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button