‘Tolonglah pulangkan gelang saya’

Oleh – Syeikh Baran


'Tolonglah pulangkan gelang saya'
Gelang ketupat dakap Fauziah yang hilang pada 5 Mei lalu.

Seorang peniaga sanggup menawarkan sagu hati RM1,000 kepada mereka yang mengembalikan gelang tangan emasnya yang hilang pada 5 Mei lalu.

Fauziah Azumari, 39, berkata, gelang dengan reka bentuk ketupat dakap itu sepanjang 17 sentimeter (cm) dengan lebar 3.5cm.



Menurutya, gelang itu mempunyai nilai sentimental yang tinggi kerana hadiah daripada suaminya, Noh Mamat, 38, sempena sambutan hari lahirnya dua tahun lalu.

Ibu kepada empat anak itu memberitahu, menyedari kehilangan barang kemasnya selepas beberapa jam dia dan suami keluar makan serta membeli barangan keperluan.

“Suami belikan gelang itu pada harga lebih RM10,000, kini nilainya mungkin lebin tinggi.

“Saya pun tidak menyangka gelang itu hilang pada hari lahir tahun ini dan kejadian itu sangat menyedihkan,” katanya kepada Sinar Harian.



Menceritakan kejadian berkenaan, kata Fauziah, pada pagi 5 Mei itu, suaminya mengajaknya keluar makan untuk menyambut hari lahir dan mereka singgah di sebuah restoran di Tanah Merah.

Tambahnya, selepas menikmati hidangan, mereka pergi ke beberapa kedai termasuk membeli makanan kucing dan kedai perabot terpakai.

“Ketika sedang berurusan di kedai perabot, saya menyedari gelang itu hilang dan terus memaklumkan suami,” katanya.

Mereka kemudian terus bergegas kembali ke restoran berkenaan kira-kira jam 1.30 tengah hari dan kedai yang disinggah sebelum ini namun semua individu yang ditemui mengaku tidak nampak barang kemas berkenaan.



“Individu di restoran itu juga memberitahu, CCTV (kamera litar tertutup) rosak dan kami tidak dapat melihat keadaan di sekitar situ,” katanya.

Bagaimanapun Fauziah masih berharap ada insan jujur yang menghantar gelang itu kerana ia sangat bermakna dalam hidupnya.

“Tolonglah pulangkan gelang saya. Sehingga kini saya masih sedih dan trauma dengan kehilangan hadiah dari suami itu,” katanya.

Fauziah berkongsi kehilangan gelang itu di media sosial dengan harapan ada yang mengembalikannya.



Orang ramai yang menjumpai gelang itu boleh menghubunginya di talian 0199048501.

Sumber – SINAR HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button