Ekonomi berkembang 4.2 peratus, lebih tinggi daripada jangkaan

Ekonomi berkembang 4.2 peratus, lebih tinggi daripada jangkaan

Ekonomi berkembang 4.2 peratus, lebih tinggi daripada jangkaan
FOTO HIASAN

Kuala Lumpur: Ekonomi Malaysia berkembang 4.2 peratus pada suku pertama 2024, lebih tinggi daripada jangkaan umum iaitu 3.9 peratus.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour berkata, pertumbuhan memberangsangkan itu dipacu perbelanjaan swasta yang terus kekal berdaya tahan dan pemulihan eksport yang positif.

Beliau berkata, pertumbuhan guna tenaga dan upah yang berterusan kekal menyokong perbelanjaan isi rumah, sementara aktiviti pelaburan akan disokong oleh perbelanjaan modal sektor swasta dan sektor awam yang lebih tinggi.



Eksport katanya kembali pulih berikutan permintaan luaran yang lebih tinggi.”Dari segi penawaran, kebanyakan sektor mencatatkan pertumbuhan yang lebih tinggi.

“Sektor perkilangan telah meningkat disebabkan oleh pemulihan dalam industri elektrik dan eletronik (E&E) serta industri bukan E&E.

“Pertumbuhan yang lebih kukuh bagi sektor perkhidmatan didorong oleh aktiviti perdagangan runcit yang lebih tinggi dan sokongan yang berterusan daripada subsektor pengangkutan dan penyimpanan.

“Pada asas suku tahunan terlaras secara bermusim, ekonomi berkembang sebanyak 1.4 peratus,” katanya pada sidang media Prestasi Ekonomi Malaysia Suku Pertama 2024 di sini hari ini.



Ekonomi berkembang 4.2 peratus, lebih tinggi daripada jangkaan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS Mula Anggap PPBM Sebagai Liabiliti Dalam Perikatan Nasional?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button