Bersatu nafi PN Perlis bergolak

Oleh – Syeikh Baran


Bersatu nafi PN Perlis bergolak
Kepimpinan Bersatu negeri selepas majlis menandatangani surat taat setia kepada parti di sebuah hotel di Kuala Perlis, hari ini.

Kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perlis menegaskan bahawa tiada pergolakan dalaman berlaku dalam kalangan pimpinan Perikatan Nasional (PN) negeri itu.

Pengerusi Bersatu negeri, Abu Bakar Hamzah berkata, pihaknya menafikan terdapat pergolakan melibatkan parti Pas seperti digambarkan dalam media sosial.



“Hubungan saya sebagai ketua pimpinan Bersatu yang juga Timbalan Pengerusi PN negeri tidak ada masalah. Macam-macam cerita di laman sosial keluar kononnya ada perselisihan dalaman.

“Ada satu hantaran di media sosial mengatakan saya yang membuat laporan (kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) mengenai salah laku Menteri Besar. Saya sudah buat laporan polis bagi menafikan perkara tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini.

Kata beliau, tindakan memuat naik kandungan mengatakan dia membuat laporan kepada SPRM seolah-olah menunjukkan beliau mahu menghancurkan PN.

Beliau berkata demikian ketika menjawab mengenai desas-desus di laman sosial mengatakan wujudnya perpecahan dalam blok PN negeri itu.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button