Pemandu, kelindan lori balak maut jatuh gaung setinggi 30 meter

Oleh – Syeikh Baran


Pemandu, kelindan lori balak maut jatuh gaung setinggi 30 meter
Keadaan lori balak yang dinaiki kedua-dua mangsa selepas terjatuh ke dalam gaung setinggi 30 meter di Jalan Engkari Lemanak, Sg Kesit di Betong.

Pemandu lori balak dan kelindannya maut selepas terjatuh ke dalam gaung setinggi 30 meter di Jalan Engkari Lemanak, Sg Kesit di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata kejadian berlaku ketika lori balak tersebut sedang membawa muatan jentera jengkaut.



Bagaimanapun, katanya pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong yang dikerahkan ke lokasi sebaik menerima laporan kira-kira pukul 7.29 malam tadi mendapati mayat kedua-dua mangsa sudah dikeluarkan oleh pekerja kem balak berkenaan.

“Tiada operasi penyelamatan dijalankan oleh pihak bomba di lokasi kerana kedua-dua mangsa telah dikeluarkan oleh pekerja kem balak tersebut.

“Anggota bomba hanya mengambil makkumat kejadian dan juga maklumat mangsa di lokasi.

“Setelah selesai pengumpulan maklumat, mayat mangsa diserahkan pada pihak polis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Menjelas lanjut, beliau berkata pemandu lori balak terbabit dikenali sebagai Robson Mike Dominic Giman, warga tempatan berusia 32 tahun manakala kelindannya dikenali sebagai Hendry iaitu warganegara Indonesia.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button